Litar 1Kedah: SIC Dilantik Penasihat Teknikal

Sepang - Perbadanan Menteri Besar Kedah Darul Aman (MB Inc) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Sepang International Circuit (SIC) bagi pembangunan Litar Kedah.

Perjanjian berkenaan antara lain menjadikan SIC sebagai penasihat teknikal bagi pelaksanaan pembangunan Litar Kedah selain bertanggungjawab sebagai penasihat pengurusan selepas ia siap kelak.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pembinaan Litar Kedah dijangka akan menghasilkan peluang kerja kepada penduduk tempatan dan merancakkan ekonomi setempat melalui pelbagai program permotoran yang dianjurkan.

Selain itu, ia juga dijangka menjadi platform sukan permotoran yang lebih selamat dan mengekang perlumbaan jalanan yang dianjurkan secara tidak sah.

Pembinaan Litar Kedah dijangka membuka peluang bagi Kedah sebagai hab sukan bermotor di wilayah utara. -myMetro