Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Mempersoalkan tempoh laporan polis selama tiga hari selepas diliwat oleh Saiful Bukhari, Mahfuz menuduh kes tersebut kononnya merupakan satu permainan politik kotor yang sengaja dibuat untuk menganiaya dan menzalimi Anwar.

"Sikap beginilah yng menyebabkan ramai rakyat di Malaysia mahupun seluruh dunia percaya bahawa kes fitnah liwat II Anwar itu adalah permainan politik kotor musuh yang dizalimi dan dianiayai," kata Mahfuz di laman rasmi PAS, Harakahdaily, cuba menimbulkan persepsi keraguan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April tahun ini menjelaskan bahawa terdapat cukup keterangan lain yang membolehkan elemen pertuduhan dapat disahkan dan dibuktikan

Pada 7 Mac sebelum itu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 dan memutuskan Anwar bersalah meliwat Saiful Bukhari, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Terdapat pelbagai kes mahkamah berhubung jenayah liwat dan rogol yang membabitkan tempoh laporan polis dibuat mangsa di dalam jangka masa yang agak lama berbanding tarikh kejadian asal.

Misalnya, terdapat banyak kes rogol dan liwat yang hanya dilaporkan beberapa bulan kemudian setelah mangsa rogol mengandung dan perut membesar berbanding tarikh mangsa dirogol.

Hasil keputusan mahkamah bagi kes-kes yang lewat tempoh laporan itu tidak pula dipertikai Mahfuz berkemungkinan mangsa, perogol atau kes berkenaan tiada kepentingan politik untuk dikomen oleh Pesuruhjaya PAS Kedah tersebut. -KedahNews.com