Mariah Carey Hormat, Pilih Tidak Seksi Di Malaysia...

Konsert Mariah Carey di Stadium Merdeka, semalam.
Walaupun hujan renyai, namun situasi tersebut tidak langsung menghilangkan keghairahan 12,000 peminat yang hadir untuk menyaksikan konsert Mariah Carey, The Elusive Chanteuse Show Tour in Malaysia 2014, semalam.

Sepuluh tahun berlalu, konsert kedua ini menyaksikan Mariah sekali lagi memilih ‘venue’ Malaysia untuk mengadakan jelajahnya di Asia Tenggara.

Memulakan persembahan pada pukul 9.15 malam, Mariah tampil dengan beberapa persalinan di sepanjang konsert dan kebanyakkan pakaian yang disarungkan beliau tidak terlalu terdedah.

Yelah, semua tahu imej seksi yang dibawa figura ini namun untuk konsert di Malaysia, Mariah harus mengikut peraturan yang digariskan pihak berkuasa dan dia nampaknya akur.

IMG_0740

Sekadar informasi, awal Oktober lalu, Mariah mendapat kritikan ramai pihak ketika mengadakan konsert di Tokyo, Jepun akibat dari kemampuan suara yang tidak setara dahulu.

Mana tidaknya, ramai peminat hadir bagi menyaksikan secara ‘live’  vokalnya yang mampu mencecah lime octav, namun hampa dengan persembahan yang diberi.

Mungkin mengambil jalan selamat, pada konsert kali ini, beliau menyanyikan beberapa lagu secara ‘lip-sync’! Walaupun begitu, peminat langsung tidak terkesan, mungkin terpukau dapat menyaksikan Mariah secara ‘live’.

Laporan juga mengatakan, ketika sedang menghiburkan audiens, berlaku satu kebakaran kecil di bahagian langsir.

Insiden terjadi ketika percikan bunga api di atas pentas dan ia dipercayai menjadi punca api menyambar bahagian bawah langsir.

IMG_1103

“Oh, ada kebakaran di situ rupanya. Ini bererti konsert saya pada malam ini bukan sahaja diterangi dengan cahaya gemerlapan, hujan tapi juga kebakaran kecil. Tak mengapa, apa pun yang berlaku persembahan harus diteruskan juga,” katanya yang dipetik dari portal Malaysian Digest.

Di sepanjang konsert tersebut, Mariah Carey diiringi oleh 4 orang pemuzik, 4 penyanyi latar dan 6 orang penari iringan.

Hero, We Belong Together, Emotion, Cry, My All, Honey dan I’ll Be There antara barisan lagu yang didendangkan diva tersebut dalam durasi persembahan sepanjang lebih 2 jam.

Melalui laman Twitter peribadinya, Mariah sempat mengucapkan terima kasih buat peminat di Malaysia yang hadir ke konsertnya.

Untitled.jpg1.jpg1
Pada 28 Oktober ini, Mariah akan meneruskan konsert jelajahnya di Filipina pula.

Sumber: Mynewshub.cc