Masjid Pasang Pagar Ada Lambang Mirip Bendera Israel?


Corak yang terdapat pada pagar Masjid Kampung Surau Haji Yaacob, Marang menjadi perhatian ramai kerana dikatakan mirip lambang bendera Israel.

Pengerusi JKKK Surau Haji Yaacob, Razak Ismail berkata, pihaknya pernah menyuarakan perkara sama kepada konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Maidam.

Namun, pihak berkenaan memaklumkan corak pagar masjid itu tidak sama dengan lambang tersebut menyebabkan ia terus dikekalkan sehingga kini.

“Bagaimanapun, bagi mengelak perkara ini terus diperkatakan, tambahan pula pengurusan kampung dan masjid tidak mahu perkara ini menjadi isu, kita mengambil keputusan untuk buang segi pada corak tersebut,

“Kita akan umumkan pada solat Jumaat minggu ini, kita bukan sahaja akan buang corak pada pagar, malah mimbar masjid yang kelihatan sama dengan corak tersebut,” katanya yang dipetik Sinarharian.com.my.

Bagaimanapun, Razak menafikan pemilihan corak pada pagar dan mimbar masjid itu dipilih JKKK mahupun pengurusan masjid kerana urusan berkaitan kemudahan tersebut diserahkan JKR dilantik Maidam kepada mereka.
bendera Israel
Rub Al-Hizb, lambang yang dikaitkan dengan Islam
Malah katanya, corak pada pagar dan mimbar masjid itu juga berbeza dengan lambang bendera Israel kerana corak tersebut mempunyai lapan segi, sedangkan lambang bendera Israel pula mempunyai enam segi.

“JKKK tiada masalah untuk buang corak itu bagi mengelak syak wasangka. Kita akan buang atau menggantikannya dengan benda (corak) lain,” katanya lagi.

Walaupun corak itu dinafikan, berharap pihak berkaitan khususnya pengurusan masjid dapat mengelak daripada menggunakan corak seumpama itu untuk menghiasi ruang masjid. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com