Mat Sabu Dimasukkan Ke Hospital Suspek Denggi

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilaporkan telah dikejarkan ke hospital dipercayai akibat demam denggi.

Sekeping gambar yang mula tersebar di laman sosial sejak pagi tadi menunjukkan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sedang diperiksa oleh seorang doktor.

Mat Sabu di dalam gambar berkenaan kelihatan berada dalam keadaan yang agak lesu dan lemah.

Berita mengenai keadaan Mohamad turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menerusi akaun laman sosial Twitter menyatakan Timbalan Presiden PAS itu telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

"Saya diberitahu, saudara Mat Sabu telah dimasukkan ke hospital TAR Klang disyaki denggi. Harap doakan semoga Allah sembuhkan beliau," katanya yang dipetik dari laman Twitter miliknya. -KedahNews.com