SEREMBAN - Akibat jatuh cinta dengan lelaki lain yang dikenali menerusi
internet, seorang wanita sanggup meninggalkan suami dan tiga anak
berusia 2 hingga 6 tahun.
Wanita berusia 30 tahun itu bukan saja hilang tanpa berita sejak setahun lalu, malah tidak pernah ambil tahu keadaan suaminya, Sheikh Mahathir Hassan, 33, yang dikahwini sejak 11 tahun lalu.
Sheikh Mahathir tetap berusaha mencari walaupun harapan untuk berjumpa tipis, bagi memastikan anak mereka, Saifuldin Hakimie, 6, Saifuldin Nazamie, 4, dan Saifuldin Azimanamani, 2, mendapat kasih sayang ibu sendiri.
Sheikh Mahathir yang berasal dari Melaka berkata, hidup mereka sekeluarga berubah selepas dia mendapati isterinya sering bercakap di telefon dan melayari internet.
“Saya pernah bertanya kepadanya tetapi dia menafikan. Sehinggalah saya menemui dua kad sim telefon bimbit yang rupa-rupanya digunakan untuk berhubung dengan kekasih gelapnya itu,” katanya.
Menurutnya, paling menyedihkan apabila isterinya terus menghilangkan diri selepas memberi alasan mahu menjenguk bapanya di rumah.
Sheikh Mahathir berkata, kehidupannya kini tidak lagi terurus sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai mekanik kerana perlu menjaga tiga anaknya itu.
“Saya pernah beberapa bulan tinggal dalam kereta bersama anak-anak kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah,” katanya.
Sejak berpindah di rumah baru, dia juga tidak pernah membayar sewa kerana tidak mampu, bagaimanapun tuan rumah memahami masalah dihadapinya.
Bagi meneruskan hidup, Sheikh Mahathir berkata, dia mengambil upah mengambil buah kelapa dan sesekali bekerja kampung untuk menyara diri dan anak-anaknya.
“Kalau boleh saya mahu bekerja tetap tetapi saya buntu memikirkan siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Mahu mencari orang, saya sendiri tidak mampu.
“Macam sekarang pun kalau saya pergi kerja, saya bawa mereka sebab risau jika tinggal sendirian di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman NZ, Jalan Senawang - Paroi, di sini semalam. -Sinar Harian