Fizo Omar telah dikritik hebat oleh peminat dan pengikut di laman Intagramnya apabila dia telah memuatnaik status menyarankan masyarakat bekerja lebih keras dan kreatif untuk menampung kos sara hidup berikutan kenaikan harga minyak yang berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam semalam.
“Ini antara reaksi kebanyakkan rakyat Malaysia, ada yang bersikap negatif dan tidak kurang juga menyindir langkah terbaru ini menerusi laman sosial.”
“Melihat kepada perkembangan ini, dari sudut positif yang perlu kita ambil ialah berusaha dengan lebih kuat dan gigih bagi memastikan sebarang kenaikan taraf hidup ini dapat dihadapi dengan pengurusan kewangan yang lebih efisien.
"Kerahkan idea kreatif kita untuk mempelbagaikan sumber pendapatan diri dan juga keluarga,” tulisnya.
Namun, status yang dimuat naik ke laman Instagramnya itu telah dipadam oleh suami kepada Mawar Abdul Karim, selepas ia mendapat kritikan pedas dari para pengikutnya yang kurang berpuas hati dengan saranan itu.
Malah, Fizo pagi tadi telah memuatnaik status yang mengatakan tidak salah jika kita memberi komen dalam sesuatu hal atau isu tetapi lebih baik sekiranya kita beri cadangan untuk tambahbaikan bersama kerana dia sebagai golongan yang hidup sederhana dan turut merasa tempiasnya kerana dia juga seorang peniaga.
Memang ada betulnya cakap Fizo berkenaan kita perlu berusaha kerja lebih gigih bagi menampung perbelanjaan hidup, tetapi tidak semua orang punyai peluang sama rata dalam sektor pekerjaan dan bergaji lumayan, kan? -Norhayati Shaharun/KedahNews.com