Mohd Fazil Mad Noor Tiba-Tiba VIRAL, Tapi....

Tidak dinafikan, gambar yang memaparkan lesen seorang lelaki bernama Mohd Fazil Mad Noor tiba-tiba tersebar di media-media sosial di seluruh negara dan menjadi viral dalam sekelip mata-mata.

Semuanya gara-gara gambar di lesen berkenaan terpamer wajah seorang "gadis ayu" dan tidak menampakkan ciri-ciri seorang lelaki sebagaimana nama yang tertera.

Agak ramai juga yang mempersenda dan mengutuk Mohd Fazil di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Whatsapps, sehingga menimbulkan rasa mual di anak tekak membaca komen-komen di gambar viral tersebut.

KedahNews.com terbayangkan raut wajah Mohd Fazil, apakah pula yang dia rasa ketika satu Malaysia sedang memperkata tentang dirinya? 

Seronok atau sedih pilu mengenang nasibnya? Cuba letakkan diri kita di tempatnya, apa pula yang kita rasa agaknya?

KedahNews.com memohon semua rakyat Malaysia supaya mendoakan Mohd Fazil supaya kembali ke asal fitrahnya. Jika dia benar seorang lelaki, doakan dia kembali menjadi lelaki, dan sekiranya dia seorang perempuan maka kita sama-sama doakan dia terus menjadi perempuan.


Sekiranya Mohd Fazil tersilap langkah menjadi antara individu "mutashabihah", apakah ia menghalalkan kita untuk berdosa mengutuknya tanpa rasa belas kasihan?

Kami yakin Mohd Fazil dilahirkan dalam keadaan Islam dan ayuh kita doakan supaya dia kembali ke fitrah Islam. Boleh, kan? -KedahNews.com