Penyokong tegar skuad bola sepak Kedah mempersoal tentang "kehilangan"
puluhan ribu tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang
berlangsung di Stadium Darulaman baru-baru ini.
Mempertikai mengenai jumlah sebenar tiket yang dijual, sebuah laman
blog, Anak Kedah 007 (anakkedah007.blogspot.com), meluahkan rasa
peliknya tentang 26,000 keping tiket yang "habis" dalam tempoh kira-kira
sejam.
"Depa kata tiket dijual 26000... jual pukoi 10.00pagi dan pukoi
11.00pagi dah habih...," katanya memulakan persoalan dalam sebuah
artikel bertajuk "KFA & MUKHRIZ sila jelaskan mana pie habih tiket
bola separuh akhir Kedah vs Pahang?".
Namun katanya, jika dikira dari sudut logik dan matematik mudah, adalah
tidak mungkin tiket berjumlah 26,000 keping itu habis terjual dalam masa
sejam di perkarangan stadium negeri itu.
"Jika seorang beli max 5 unit maka dengan 26000 dibahagi 5 = 5200 org yang diperlukan beratur membelinya....
"Jadi dari 5200 nie jika masa nak beli tiket ialah 2minit seorang jadi
jika di darat dalam masa sejam maka 60/2 = 30org dan dibuka 4 kaunter
maka 30 x 4 = 120 orang....
"Disini dapat disimpulkan dalam masa sejam baru 120 orang beratuq
membelinya....dan jika di bahagi dengan 5200/120 = 43 jam di perlukan
untuk menjual keseluruhan tiket tersebut....," katanya memberikan
kira-kira mudah kepada persoalan itu.
Penulis blog itu turut meluahkan rasa kesalnya dengan "fenomena pelik"
itu dan mendakwa ia merupakan satu bentuk penganiayaan kepada seluruh
peminat skuad Hijau Kuning yang terpaksa beratur panjang untuk membeli
tiket, tapi gagal.
"Kerana ia telah berlaku penganiayaan kepada peminat yang datang beratur
panjang sejak jam 6.00pagi tetapi hampa dalam masa sejam sahaja tiket
dikatakan habis...
"Sebaik2nya KFA berikan terus kouta berapa yg akan dijual di stadium berapa yang nak bagi kat sepupu sepapat senang mudah peminat nak atoq masa....dan jika habih tu silalah letak notis atau memo depan kaunter tu kata tiket habis... nie dak dok buang masa beratoq last hampa bila dikatakan tiket habis..," jelasnya, kesal dengan apa yang berlaku.
Justeru itu, dia memohon supaya pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memberi penjelasan mengenai jumlah sebenar penjualan tiket di kaunter stadium dan cara agihan tiket yang lain.
"Jadi nak mintak pihak Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - berikan jumlah sebenar tiket yang dijual di stadium dan juga yang telah diedarkan awal kepada suku sakat adik beradik sepupu sepapat anda...," rayu peminat tersebut. -Amir Hamzah Al-Asad/UtaraNews.com