GELUGOR - Seorang warga emas terpaksa memakai topi keledar dan baju
hujan di dalam rumah berikutan rumah yang didudukinya sejak lahir bocor
setiap kali hujan.
A Subramaniam, 68, berkata, dia bukan sengaja membiarkan rumahnya itu bocor tetapi dia tidak mampu untuk menampung kos membaiki rumah tersebut.
"Saya hanya bergantung hidup hasil dari wang membaiki barangan elektrik seperti televisyen dan mesin basuh.
"Itupun dah banyak barang yang saya tak dapat baiki kerana barangan elektrik sekarang tak sama seperti yang lama selain tangan dah tak kuat nak angkat mesin basuh," katanya.
Menurutnya, dia hanya memperoleh upah membaiki barangan elektrik serendah RM50 sahaja.
"Saya bersyukur walaupun sikit, tapi mampu untuk tampung saya yang sebatang kara.
"Saya hanya mampu berdoa supaya diberi kesihatan yang baik. Saya juga gembira jika menerima sumbangan untuk meneruskan kehidupan," katanya.
Sambutan Deepavali tidak bermakna
Subramaniam berkata, dia mengakui sambutan Deepavali tidak lagi bermakna sejak dia tinggal bersendirian lebih dari 40 tahun.
"Saya juga dah lupa bagaimana nak sambut perayaan bersama keluarga.
"Saya tak nak ajar diri saya terlalu gembira kerana bimbang keesokan harinya saya masih lagi mahu begitu sedangkan saya tak mampu," katanya.
Tinjuan Sinar Harian mendapati bahagian dapur rumah Subramaniam juga tidak terurus sementara bahagian depannya hanya dipenuhi dengan puluhan televisyen yang sudah buruk.
Terima bantuan PKSK
Kesusahan hidup yang dihadapi Subramaniam walau bagaimanapun mendapat perhatian ahli kumpulan Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Komuniti (PKSK) Negeri Pulau Pinang yang hadir menghulurkan sumbangan sempena perayaan Deepavali.
Pengerusinya, Zainal Hassan berkata, mereka turut membawa Subramaniam membeli pakaian baharu.
“Kami mahu semangat perpaduan di antara kaum wujud lebih-lebih lagi dengan kerjasama belia.
“Lagipun warga emas ini tidak mempunyai sesiapa dan di hari perayaan ini kita sama-sama menggembirakannya walaupun tinggal sebatang kara,” katanya.
Dalam masa sama, PKSK turut merancang mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah Subramaniam.
Sesiapa yang mahu menghulurkan sumbangan kepada Subramaniam boleh menghubungi Zainal di talian 0175576461. -Sinar Harian