(Gambar Hiasan) |
Anjing atau kucing yang dijadikan hidangan bukanlah perkara pelik di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.
Tapi di Malaysia, perbuatan begini dianggap janggal dan boleh menimbulkan keresahan pencinta kedua-dua haiwan ini.
Begitu pun di Pulau Pinang, seorang lelaki Cina dikesan "selamba badak"
saja jual anjing untuk dijadikan makanan di tepi jalan dekat pasar
Ayer Hitam.
Bila ditanya, katanya anjing itu untuk makanan pekerja asing warga Vietnam yang amat menggemari daging haiwan tersebut.
Sekejap sahaja perbuatannya ini sampai ke pengetahuan penguatkuasa
MPPP tetapi setibanya mereka di sana, apek ini dilaporkan pandai pula
tak datang berniaga dan kemungkinan besar, dah pindah port lain agaknya.
Harap-harap, benda pelik macam ini dapat dihentikan segera.
Punca masalahnya satu sahaja, bila ada rakyat Malaysia yang tak berasa
macam dia tinggal di negara berbilang kaum dan agama sampai sensitiviti
tu tak ada..
Sumber: Mynewshub.cc