Padah Langgar Lampu Merah!

Kuala Lumpur - Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, seorang remaja maut apabila dirempuh sebuah kenderaan di Lebuh Raya Bandar Utama di sini, pagi ini.

Dalam kejadian pada jam 4.30 pagi itu, mangsa Chua Yee Jing, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, sebuah kereta yang datang dari arah kanan tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta mangsa dari arah tepi.

Menurutnya, pemandu kereta yang merempuh mangsa dilaporkan dalam keadaaan kritikal dan kini sedang mendapat rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Perubatan Universiti Malaya.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. -myMetro