YAN - Seorang pegawai Imigresen maut ketika melakukan aktiviti rutin menaiki Gunung Jerai dengan basikal seorang diri, semalam.
Shukri Che Mohamad, 54, yang bertugas di Pulau Pinang ditemui terbaring di KM 7 puncak Gunung Jerai pada jam 9.15 pagi oleh orang awam.
Mangsa yang berada dalam keadaan tenat turut diberi bantuan pernafasan sementara menunggu bantuan tiba di tempat kejadian, bagaimanapun usaha itu gagal.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Nek Zaidi Zakaria mengesahkan kejadian.
“Bedah siasat di Hospital Yan mendapati mangsa mengalami serangan jantung,” katanya. -Sinar Harian