Pelakon filem porno terkenal dari Jepun, Maria Ozawa memberitahu media bahawa dia sedang mencari lelaki-lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suaminya.
Maria yang terkenal di negara Matahari Terbit itu selain di Indonesia turut dilaporkan memberi tips kepada lelaki-lelaki yang sudi memperisterikannya dengan membayangkan ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman pelakon lucah itu.
Menurut Maria yang lebih dikenali sebagai "Miyabi" di Indonesia, lelaki berkenaan perlu memahami kerjayanya sebagai pelakon filem porno dan menyokong penuh komitmen dirinya dalam industri pornografi itu.
"Saya tak kisah siapa orangnya atau dari warga negara mana, dari Jepun ke.. atau dari Indonesia ke...
"Yang penting, dia seorang yang memahami dan menyokong kerjaya saya," katanya dalam satu temubual dengan media di Indonesia, baru-baru ini.
Dilaporkan bahawa kehadiran Miyabi di Indonesia mencetus kemarahan majoriti ulama di negara itu sehingga menyebabkan pelakon lucah itu membatalkan kehadiran di sesi tayangan perdana filem "kategori dewasa"nya di sana.
Miyabi sudah empat kali ke Indonesia sebelum ini dan kehadirannya kali ini turut mendapat tentangan dari golongan ulama di negara tersebut. -KedahNews.com