Sehingga kini tiada penyanyi mampu menyaingi populariti penyanyi nombor 1 Malaysia sehingga Siti mengambil keputusan untuk menarik diri dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kerana ingin memberi peluang kepada pendatang baru.
Populariti Siti juga dilihat menjadikan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K tidak ubah sebagai seorang selebriti sehingga menjadi tumpuan media.
Namum begitu, ada pengikut Siti dilaman sosial Instagramnya mencetuskan kelucuan apabila tidak mengenail Datuk K.
Apa yang menarik, pengikutnya yang menggunakan nama Jefrizal88 di laman Instagram meninggalkan satu komen terhadap sekeping gambar Siti bersama Datuk K dengan pertanyaan ‘ayah Ke?”
Kelakar bukan?
KedahNews.com tidak mengetahui adakah pengikut Siti sengaja mengusik penyanyi tersohor negara dengan pertanyaan itu ataupun dia benar-benar tidak mengetahui Datuk K merupakan suami kepada Siti. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor