Meskipun tewas 1-3 kepada Kelantan pada aksi perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia baru-baru ini, para penyokong skuad bola sepak Hijau Kuning tetap akan turun padang pada aksi kedua yang bakal berlangsung pada 10 Oktober ini.
Perlawanan kedua di antara dua pasukan bola sepak itu dijangka sengit memandangkan Kedah yang menjadi tuan rumah kali ini ketinggala dengan aggregat 0-2 dan memerlukan tiga gol tanpa bolos untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.
Menurut tinjauan kami di laman sosial penyokong skuad Helang Merah itu, mereka mahu semua penyokong pasukan bola sepak Kedah untuk memenuhi Stadium Darulaman pada Jumaat ini bagi memberikan sokongan padu.
"Wahai-wahai penyokong HijauKuning! Wahai-wahai peminat Jelapang Padi!
Ayuh kita sama-sama mengatur langkah dan berpadu suara, seia sekata,
sehati sejiwa, sederap mendokong satu harapan!
"Laungkan semangat juang kalian, lontarkan teriakan 'Pulun Kedah Pulun'!! Nescaya pahlawan-pahlawan HijauKuning persis jelmaan Tok Moris bisa menyambutnya," kata Admin fan page Hijaukuning.com di Facebook.
KedahNews.com mengucapkan syabas kepada kelab penyokong berkenaan yang tidak luntur semangat untuk terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi untuk melihat pasukan Helang Merah mara ke peringkat yang seterusnya.
Di sebaik sejarah yang melihat Kedah merangkul gelaran "trebble" sebelum ini, sudah pasti segalanya mungkin bagi skuad kesayangan rakyat itu dan tidak mustahil untuk menjadi juara untuk kesekian kalinya.
Tu diaaaa Helang Merah terbang tinggi di Kedah! -KedahNews.com