Rayhaneh Jabbari |
Rayhaneh Jabbari, 26 tahun, gadis berbangsa Iran yang merupakan
seorang mangsa rogol telah dihukum mati pada sabtu lalu atas tuduhan
membunuh seorang lelaki yang memperkosanya, perkara ini telah disahkan
oleh ibunya sendiri.
Mahkamah Iran pada tahun 2007 telah menahan Rayhaneh atas keselahan
tertuduh yang mempertahankan dirinya dan secara tidak sengaja telah
membuatkan seorang bekas pegawai perisikan kementerian, Morteza Abdolali
Sarbandi yang telah memperkosanya, terbunuh.
Pada tahun 2009 , perbicaraan kes Rayhaneh telah membuatkan keputusan
mahkamah Teheran menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada beliau.
Kes Rayhaneh Jabbari ini telah mengejutkan ramai pihak dan mendapat
pelbagai liputan media disebabkan tertuduh yang cuba untuk melindungi
diri, tetapi dikenakan tindakan yang sebaliknya.
Berikutan dengan kesnya, pelbagai bantahan serta kempen telah
dijalankan sehingga terbitnya sebuah petisyen di media sosial berkenaan
dengan kes tersebut.
Beratus-ratus ribu tandatangan dan petisyen telah diberikan kepada
pihak berkuasa Iran namun kempen yang bergelar “Stop Execution!” di
Facebook dan Twitter yang dijalan pada bulan lepas hanya membuatkan
proses pengantunganya tertuduh, Rayhaneh Jabbari tertangguh.
Perkara ini turut dikesali oleh Pengarah Pertubuhan Hak Asasi Dan Manusia Amnesty, Hassiba Hadj Sahraoui, menurutnya.
“Ia amat mengecewakan, ini adalah sebuah lagi peristiwa berdarah yang kotor terhadap hak asasi manusia di Iran.
Pihak berkuasa Iran nampaknya sangat berkeras untuk
menjalankan proses hukuman mati kepada tertuduh meskipun keadilan
terhadap kes tersebut terang-terangan berat sebelah,” katanya.
Sumber: Mynewshub.cc