Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu enggan mengulas mengenai para pemimpin DAP dan PKR yang menyokong penganjuran pesta arak, Octoberfest, dan menghadiri pesta minuman memabukkan itu pada malam Jumaat, baru-baru ini.
Memberi komen secara ala kadar, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu hanya menjawab ringkas soalan yang dikemukakan media berhubung perkara tersebut.
"Biarlah, tu hak mereka (bukan Islam)," kata Mat Sabu ringkas yang dipetik dari mStar, baru-baru ini.
Dewan Ulama PAS dan majoriti pemimpin pro-ulama parti itu sebelum ini berikrar untuk membantah pesta arak berkenaan dan menuntut agar ia dihentikan segera.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi pula dilihat begitu aggresif menghentam penganjuran pesta berkenaan sambil membidas rakan-rakan sekutu politik partinya, DAP dan PKR yang menyokong pesta itu secara terang-terangan.
".....
dia suruh saya diam dari membantah Pesta Arak terbuka mabuk mabukan di
negara kita yang tercinta ini .... katanya itu hak mereka ...
..... so kenapa selama ini, dia bising bingit menentang usaha saya memperjuangkan Perlaksanaan Syariat Islam (HUDUD) di Kelantan ? bukankah itu hak saya dan hak muslim ...." kata Nasruddin sebagaimana yang dipetik dari akaun laman Facebooknya.
..... so kenapa selama ini, dia bising bingit menentang usaha saya memperjuangkan Perlaksanaan Syariat Islam (HUDUD) di Kelantan ? bukankah itu hak saya dan hak muslim ...." kata Nasruddin sebagaimana yang dipetik dari akaun laman Facebooknya.
Dipercayai tulisan tersebut ditujukan kepada para pemimpin DAP dan PKR yang sebelum ini menentang hak PAS yang bercadang untuk mengkaji dan melaksanakan hukum Hudud dengan kerjasama Kerajaan Barisan Nasional (BN). -KedahNews.com