Alor Setar - “Saya tidak sabar membantu Kedah layak ke final Piala Malaysia kerana Kenari agak lama tidak menjulang kejayaan selepas muncul juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dua kali pada musim 2006 dan 2007 di bawah bimbingan Azraai Khor Abdullah,” kata tonggak pertahanan Shafizan Hashim.
Menurutnya, walaupun pernah merasai suasana dilalui barisan pemain Kedah ketika ini, dia masih tidak sabar dan bersungguh-sungguh mahu memastikan pasukannya tampil bergaya di final.
Shafizan menjarung jersi Kedah pada 2001 di bawah bimbingan Datuk Ahmad Shafie dan jurulatih import Larsen mengenepikannya pada 2003 dari kesebelasan utama.
Bagaimanapun pada 2005, jurulatih Miranda menerimanya kembali dan ketibaan Azraai pada saingan Piala Malaysia musim itu meletaknya sebagai tonggak utama.
Shafizan mengambil keputusan menukar angin dengan menyertai FELADA United selama setahun pada 2013, tetapi kembali ke negeri asalnya musim ini.
“Saya lega dan bersyukur kerana Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menerima saya kembali ke dalam pasukan selepas meninggalkan mereka setahun lalu,” jelasnya.
Ketua jurulatih Tan Cheng Hoe memberi tugas utama kepadanya di benteng hingga berjaya membentuk tembok kebal Kedah.
“Kesungguhan untuk menamatkan cabaran Pahang pada aksi kedua Piala Malaysia di Kuantan malam esok menjadi pembakar semangat pemain lain dan kami tidak mahu mengambil risiko dengan terlalu yakin berbekal modal kejayaan 3-1 di Alor Setar,” katanya.
Kehadiran pemain muda seperti Muhammad Farhan Roslan, Syazwan Tajuddin, Muhammad Hanif Mt Dzahir, Rizal Ghazali dan Syafiq Ahmad memberi tenaga baru dalam skuad Kedah menggegar Liga M.
“Kami bertekad memastikan Kedah layak ke akhir dan tidak akan mensia-siakan kelebihan dua gol di Kuantan nanti.
“Pada saya inilah peluang terbaik kami menggembalikan semula kegemilangan bola sepak Hijau Kuning dengan beraksi di Stadium Bukit Jalil buat pertama kali dan merasai sendiri suasana final,” katanya. -myMetro