Produk Anak Kedah Merentas Dunia Menerusi Virgin Airlines

Syarikat milik penuh Bumiputera, Muslimah Manufacturing Sdn Bhd, mengorak langkah melintasi sempadan dunia apabila rakaman video mengenai produk halal keluaran anak Kedah itu bakal disiarkan oleh syarikat penerbangan antarabangsa, Virgin Airlines.

Video yang memaparkan produk 100 peratus halal keluaran umat Islam itu difahamkan bakal ditayangkan di dalam pesawat-pesawat syarikat penerbangan antarabangsa itu selama dua bulan, bermula bulan ini (Oktober 2014).

"Video Muslimah Manufacturing akan ditayangkan di Virgin Airlines selama dua bulan bermula Oktober ini InshaALLAH.." kata pemilik Muslimah Manufacturing, Famiza Zulkifli, yang dipetik dari laman sosial Facebooknya, baru-baru ini.

KedahNews.com sebelum ini pernah melaporkan secara eksklusif mengenai produk Muslimah Manufacturing dan menerima sambutan hangat dari pelbagai pihak, khususnya umat Islam di seluruh negara.

Berikut adalah klip rakaman video yang bakal disiarkan tersebut: -KedahNews.com