ALOR SETAR - Projek naik taraf Terminal Jeti Kuala Kedah dengan anggaran
kos lebih RM150 juta sudah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak
Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika lawatannya ke Kedah baru-baru ini.
“Jeti Kuala Kedah adalah satu projek yang sentiasa kita bagi keutamaan. Hasil pertemuan bersama Perdana Menteri, beliau meluluskan peruntukan untuk projek itu.
“Tetapi ia perlu mengambil sedikit masa untuk merangka reka bentuk dan lain-lain keperluan di jeti itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, sudah tiba masanya jeti Kuala Kedah dibuat penambahbaikan sesuai dengan zaman, permintaan dan kegunaan masyarakat yang semakin meningkat.
“Saya yakin kelulusan itu menggembirakan orang Pulau Langkawi, terutama mereka yang selalu berulang-alik ke tanah besar,” katanya.
Mohd Rawi yakin projek itu juga dapat membangunkan ekonomi penduduk di Pulau Langkawi dan Alor Setar.
“Mana mungkin jeti yang berumur lebih 20 tahun mampu menampung kedatangan pelancong semakin ramai.
“Sebab itu perbandingan antara jeti Kuala Kedah dan jeti Kuala Perlis amat jauh sekali apabila hampir 80 peratus pelancong yang datang ke Pulau Langkawi menggunakan jeti Kuala Kedah,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri bercadang mewujudkan parkir bertingkat di Terminal Jeti Kuala Kedah setelah banyak kali tertangguh walaupun pemimpin tertinggi negeri bersilih ganti.
Namun, projek itu dilaporkan masih menunggu kelulusan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) untuk membentangkan laporan berhubung pemilihan syarikat swasta yang akan dilantik menerajuinya. -Sinar Harian