Sebuah laman fanpage Facebook yang menggelarkan diri mereka sebagai "Anak Muda Benci DAP" mendakwa pihak Red Bean Army (RBA) bertanggungjawab menyebarkan laporan palsu kononnya tariff elektrik akan dinaikkan 15 peratus pada tahun depan.
Melalui status di laman sosial tersebut, turut disiarkan bukti pembohongan tersebut yang berjaya dikenal pasti oleh admin laman itu.
"RBA kalau tak menipu bukan DAP namanya! Sebarkan!!!" kata admin Anak Muda Benci DAP yang dipetik dari fanpage mereka.
RBA sebelum ini dikaitkan sebagai sebuah pasukan siber khas yang ditaja DAP, memiliki kepakaran internet serta penyebaran propaganda yang hebat dan mampu memanipulasi pemikiran orang ramai melalui dakyah yang disebarkan.
Pelbagai pihak sebelum ini pernah membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung gerakan RBA, namun kes berkenaan "sunyi sepi" sehingga kini.
DAP pula pada masa yang sama turut menafikan dakwaan RBA ditaja oleh parti politik itu.
Bagaimanapun, salah seorang bekas anggota RBA, Shen Yee Aun, mendedahkan tentang pasukan gerak saraf itu sememangnya ditaja oleh DAP meskipun parti politik itu enggan mengaku tuduhan tersebut. -KedahNews.com