BMW Malaysia Sdn Bhd menjual sebanyak 6,629 kenderaan
dalam suku ketiga 2014, peningkatan 18 peratus daripada 5,616 kenderaan
dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Model BMW menyumbang 5,782 daripada kenderaan itu, diikuti 473 kereta MINI dan 374 kenderaan BMW Motorrad.
Pengarah Urusannya Alan Harris berkata prestasi itu merupakan satu lagi penanda aras bagi BMW di negara ini.
"Kami mencatatkan pertumbuhan sejak permulaan tahun ini, yang mengukuhkan lagi kekuatan perniagaan di Malaysia.
"Dan dengan itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus
ikhlas kepada pelanggan Malaysia kami yang dihargai," katanya dalam satu
kenyataan.
Sejak Januari 2014, BMW Group Malaysia memperkenalkan 11 kereta premium dan tujuh motosikal premium.
BMW Group Malaysia juga memasang BMW 3 Series Gran Turismo, BMW X3, BMW
X5, dan edisi ke-55 MINI Cooper Countryman di kemudahannya di Kulim,
Kedah, menjadikan jumlah model yang dipasang di kilang tempatannya
sebanyak 17 varian, kata Harris. - Bernama