Setahun dua yang lalu, dikatakan bahawa seorang individu dari Kumpulan Pengkaji Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham, pernah menyenaraikan sebanyak 29 lokasi "paling keras" di sekitar Semenanjung Malaysia.
Beberapa lokasi di negeri Kedah turut disenaraikan sebagai lokasi paling berhantu itu, antaranya di Lorong Petani dan bangunan berhampiran pejabat Bernama lama di Pekan Rabu, Alor Setar, jambatan Titi Haji Idris di Pendang serta banyak lagi.
Sebetulnya, KedahNews.com tidak "pakar" dalam hal ehwal paranormal ini. Namun kami sebagai umat Islam percaya dan yakin tentang kewujudan alam ghaib sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran berkenaan kejadian jin, syaitan, iblis dan alam roh.
Tidak dapat dipastikan sama ada 29 lokasi yang dilaporkan "paling keras" itu benar-benar "keras" atau tidak.
Namun pada mereka yang berminat atau ingin "test power" dengan lebih lanjut, mereka boleh cuba sendiri ke lokasi-lokasi berikut;
1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur. |
2. Institut Victoria, Kuala Lumpur. |
3. Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. |
10. Jirat Cina Ampang, Kuala Lumpur. |
11. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kubu Bharu, Selangor. |
Walau bagaimanapun, kami percaya ilmu dan ketinggian martabat manusia sebagai sebaik-baik makhluk kejadian Allah SWT mampu mengatasi sebarang insiden yang mampu dilakukan oleh makhluk halus di muka bumi ini.
Dengan iman dan taqwa pada Maha Pencipta, berbekalkan keyakinan yang teguh kepada Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW, semoga kita semua terhindar dari sebarang kejadian tidak diingini yang berpunca dari alam misteri itu. Wallahu'alam. -KedahNews.com