PELAKON dan model Julien Kang membuat permohonan
maaf secara terbuka kepada para peminatnya selepas insiden dia ditahan
pihak polis dalam keadaan mabuk dan hanya memakai pakaian dalam di
Gangnam pada pertengahan bulan lalu.
Portal Soompi melaporkan, Julien yang berdarah kacukan Korea dan Perancis itu berjanji tidak akan mengulangi kejadian disifatkan sebagai memalukan.
"Saya mohon maaf atas tindakan yang memalukan itu sehingga dikritik oleh banyak pihak dan saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan tidak akan melakukan kesalahan sama," katanya.

Julien ditahan pihak berkuasa. |
Ketika ditahan pihak berkuasa, polis turut membuat ujian air kencing
terhadap Julien untuk memastikan dia bebas daripada penggunaan dadah dan
mereka mengesahkan pelakon drama bersiri To The Beautiful You itu tidak mengambil sebarang benda terlarang.
Julien ditemui oleh orang ramai yang melalui tempat dia dilihat terbaring dalam keadaan mabuk selain hanya memakai pakaian dalam sebelum mereka membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, syarikat pengurusan selebriti itu enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan dan menganggap ia sudah selesai. -mStar