Subhanallah! Fakta "Rahsia" Putrajaya Yang Dirahsiakan Tun M & BN Terbongkar?


Sebagaimana maklum, Makkah dan Madinah merupakan dua kawasan yang tidak mempunyai sebarang binaan rumah ibadat agama lain sama ada gereja, tokong, kuil, biara atau sebagainya.

Di "Haramain" itu hanya didirikan masjid dan surau bagi kegunaan umat Islam untuk beribadah kepada Allah SWT.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa selain dua tanah haram itu, pusat pentadbiran negara kita, Putrajaya mempunyai ciri yang hampir sama dengan Makkah dan Madinah.

Persamaan Putrajaya dengan Makkah dan Madinah itu tidak dimiliki oleh mana-mana bandar utama di negara-negara Islam lain di dunia, termasuk Istanbul, Jakarta, Kaherah, Islamabad, Dubai dan lain-lain bandar.

Menariknya, bangunan pertama yang didirikan di Putrajaya ialah masjid!

Bangunan pertama yang dibina di Putrajaya ialah Masjid Putra. 

Difahamkan bahawa perkataan "masjid" yg digandingkan dengan perkataan "putra" sebenarnya memiliki "rahsia" simbolik yang tersendiri di mana ia yang mewakili agama Islam (masjid) & mewakili Melayu Bumiputra (Putra)

Selain itu, turut difahamkan bahawa Pejabat Perdana Menteri pula sengaja dibina di sisi Masjid Putra agar secara semua keputusan negara yang dibuat perlu mendahulukan Islam dan mengutamakan kepentingan serta hak keistimewaan bangsa Bumiputra di Malaysia.

Masjid kedua di Putrajaya pula ialah Masjid Besi yang turut dibina berhadapan Istana Kehakiman secara simbolik menandakan semua keputusan hakim dilakukan secara adil lagi saksama dengan berlandaskan prinsip-prinsip keadilan Islam.

Sehingga kini, Putrajaya masih lagi "bersih", "selamat" serta terpelihara dari sebarang premis pusat hiburan, pusat maksiat dan sebagainya, di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Konsep dan ciri-ciri pusat pentadbiran di Putrajaya merupakan ilham serta idea dari mantan Perdana Menteri kelima, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi "arkitek" pembangunan Islam secara fundamental di Malaysia.

Meskipun begitu, beberapa pemimpin dan penyokong parti politik pembangkang masih melabelkan Tun Dr Mahathir dan kerajaan BN sebagai "tidak Islamik", "sesat", "zalim", malah ada yang tergamak menyifatkannya sebagai "kafir", demi kepentingan politik mereka.

Itulah beberapa fakta tentang pusat pentadbiran negara yang mahu "dijual" pihak pembangkang sebelum ini dan sosio-budaya politik yang "kurang sihat" di Malaysia. Wallahu'alam. -KedahNews.com