Alan
Friedman, seorang jurugambar astronomi amatur berasal dari BuffaloNew
York yang mempunyai keghairahan untuk menangkap foto-foto matahari
secara terperinci yang bahkan tidak dapat dilihat orang biasa tanpa
bantuan alatan khas , hanya dari laman belakang rumahnya.
Foto-foto
matahari yang dihasilkan Alan sangatlah terperinci, Alan menggunakan
alat penapis khas yang membolehkan untuk mengambil gambar matahari
secara terperinci tanpa merosakkan kamera atau matanya.
Dalam
pernyataan karyanya, Alan menyatakan bahawa hasil karyanya merupakan
buku harian suria atau matahari, iaitu potret atau moment yang menangkap
secara jelas kehidupan matahari dalam kehidupan seharian kita.
Sebahagian
besar foto-foto tersebut diambil dari laman belakang rumahnya di
BuffaloNew York dengan menggunakan teleskop kecil dan penapis band yang
sempit. Dengan menggunakan kedua-dua alat tersebut Alan boleh menangkap
secara terperinci matahari dalam resolusi tinggi dan merakam pergerakan
matahari di atmosfera yang boleh berubah-ubah dalam masa beberapa jam
bahkan dalam kiraan minit.
Teleskop milik Alan yang digelar sebagai "little big man"
Foto Alan yang
masih mentah berupa foto berwarna hitam dan putih bahkan terkadang Alan
mendapatkan foto yang kabur. Untuk memperjelas foto tersebut Alan
menambah dan menyesuaikan warna dari hasil foto mentah tersebut untuk
mendapatkan hasil gambar yang lebih baik.
Hasil karya
dari foto matahari tersebut adalah asli dan bukan lukisan. Keputusan
untuk memberikan kesan estetika pada foto tersebut adalah untuk
mengukuhkan hasil akhir dari gambar matahari tersebut.
Alan menjelaskan
bahawa penapis yang dinamakan hydrogen alpha penapis yang ia gunakan
boleh menghalang atau mendapatkan apa-apa namun hanya berupa potongan
sempit dari dalam hujung merah spektrum yang kelihatan.
Setelah
meletakkan penapis pada 3 ½ inci dari bahagian depan teleskop (setara
dengan lensa telephoto 450mm f / 5), ia kemudian menggunakan webcam
industrial untuk menangkap atau mengambil gambar.
Kamera tersebut
boleh mengambil gambar pada 15fps sampai dengan 120fps. Atmosefera kita
merupakan halangan yang paling sukar dalam pengambilan gambar yang jelas
dari suatu objek yang jauh.
Untuk menenggelamkan kesan kabur yang
disebabkan oleh pergolakan udara, Alan melakukan streaming banyak frame
dalam masa yang singkat. Setiap foto atau gambar yang dihasilkan dibuat
daripada beribu-ribu frame.
"Frame-frame"
yang dihasilkan kebanyakan tidak boleh digunakan kerana diputarbelitkan
oleh arus panas dari bumbung , namun sebahagian frame menghasilkan
gambar yang tajam. Alan kemudian melihat kembali video frame yang
dihasilkan satu persatu untuk memilih frame-frame berkualiti tinggi yang
menghasilkan gambar yang baik.
Frame-frame
berkualiti tinggi yang telah dipilih kemudian diratakan untuk membentuk
bahan mentah dari foto-foto Alan. Berikut adalah gallery dari beberapa
karya Alan Friedman yang terbaik:
Sumber: Ohmygummy