SubhanAllah! Video Rakaman Gerhana Bulan Berdarah Semalam

Semalam, seluruh dunia menyaksikan kebesaran Allah SWT di mana berlakunya fenomena gerhana "bulan berdarah" atau "blood moon".

KedahNews.com yakin, ramai di kalangan umat Islam turut sama-sama menjadi saksi keajaiban ciptaan Tuhan yang Maha Pencipta.

Fenomena gerhana bulan berdarah terjadi kerana kedudukan bulan yang sejajar dengan bumi dan matahari dalam satu masa.

Biasan cahaya yang dikenali sebagai cahaya "umbra" yang dihasilkan atmosfera bumi kemudiannya telah mewujudkan pemandangan bulan kelihatan kemerah-merahan seolah-olah berlumuran darah.

Kali terakhir fenomena gerhana bulan berdarah dicatatkan berlaku pada 15 April lalu.

Berikut adalah rakaman fenomena gerhana bulan berdarah yang berlaku semalam yang dirakam oleh pihak NASA. -KedahNews.com