Benarlah kata-kata pujangga bahawa "chenta" mampu membuat sesetengah lelaki "sasau", tewas, jatuh tergolek dan ramai yang sanggup melutut merayu di depan kekasihnya semata-mata demi menagih kasih.
Mungkin itulah yang terjadi kepada selebriti, Kamal Adli.
Setelah enam tahun menjalin cinta dengan pelakon Intan Ladyana, hubungan mereka putus ditengah jalan sebelum sempat ke jinjang pelamin sebagaimana rakan-rakan artis yang lain sebaya mereka.
Demi membuktikan cinta dan kiasih sayangnya pada Intan, Kamal mengaku pernah melutut di depan bekas kekasihnya itu!
Jika kita mengikuti kisah cinta yang terputus di tengah jalan ini, Kamal sudah berkali-kali mahu menemui Intan untuk memujuknya kembali padanya.
Namun Intan memandang sepi dan terbaru, Intan menegaskan melalui media bahawa dia tidak akan berpatah balik ke pangkuan Kamal.
Malah Intan selamba mahu Kamal tidak lagi menagih cinta darinya selepas kenyataan tersebut dibuat.
"Last kopek", baca sendiri luahan hati Kamal terhadap Intan di bawah sebagaimana yang tersiar di BiPop, baru-baru ini.
Semoga Kamal tabah dan ketahuilah bahawa cinta Allah SWT itu lebih kekal abadi di dunia dan akhirat. Kejarlah cinta Allah itu...-KedahNews.com
Jiwa saya kosong. Saya terlalu kecewa dan sudah kering air mata! 6 tahun bercinta, susah senang bersama tetapi akhirnya saya dibuang begitu saja? Hingga hari ini saya masih tidak faham kenapa saya ditinggalkan? Apa salah dan dosa saya? Panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibalas.
Saya cukup merana sejak ditinggalkan. Tak tahu nak cakap betapa hati saya terluka. Kenapa Intan buat saya seteruk ini? Secara jujur, saya dan Intan tidak bergaduh dan tidak berperang besar, hubungan kami berjalan seperti biasa. Tetapi saya pelik Intan secara tiba-tiba mengambil keputusan mengakhiri hubungan ini, sedangkan apa salah saya? Saya tidak boleh terima ditendang begitu saja.
Jika saya pernah kantoi menjalinkan hubungan dengan gadis lain dan buat perkara tidak senonoh itu lainlah! Ini tanpa saya tahu apa kesilapan, saya ditinggalkan. Saya mahu bersemuka, Intan tidak mahu berjumpa. Kenapa? Saya sudah lama memendam perasaan, saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana masih mengharap hubungan kami masih boleh diselamatkan, namun nampaknya saya hanya bermimpi.
Sebenarnya saya sudah bersedia mahu melamar Intan. Hati saya sudah terbuka untuk berkahwin tahun ini. Saya masih ingat sebelum menjalani penggambaran drama di Taiping, Perak, kami berbuka puasa bersama, malah Intan berbuka puasa dengan keluarga kami. Sebelum pergi kami berjanji mahu sehidup semati. Kami berjanji tidak akan berpisah, tapi minggu depan lain pula jadinya. Saya dapat rasakan Intan sedikit sudah mula berubah.
Hanya seminggu saya inggalkan, hatinya jadi keras. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Ketika di Taiping, saya sebenarnya tidak sabar mahu pulang ke Kuala Lumpur, hasrat saya mahu melamar Intan, tetapi nampaknya tidak sempat. Saya sedih sangat. Saya tidak tahu kenapa terlalu drastik Intan berubah hati? Saya tidak sesekali menyalahkannya, mungkin saya pernah buat silap, tetapi besar sangat ke silap saya sehingga hubungan 6 tahun dicampak ke tepi? Tiadakah rasa sayang pada perhubungan ini?
Saya pernah bertemu Intan di Anugerah Lawak Warna baru-baru ini. Apabila saya tahun Intan di sana, saya sangat teruja, maklumlah sudah lebih sebulan tidak bertemu. Saya pakai cantik-cantik, macam pertama kali nak keluar dating. Tapi saya kecewa, Intan melayan saya seperti baru pertama kali bertemu. Saya tebalkan muka, saya duduk dekat dengannya, tetapi tiada respon.
Apabila dia ke belakang pentas, saya mengikutnya. Saya rindu sangat padanya. Saya melutut padanya, tapi Intan buat saya seperti orang asing. Malu, hanya Tuhan saja yang tahu, tapi apakan daya. Saya terus tidak faham kenapa Intan melayan saya seperti musuhnya? Jika tidak inginkan saya sekalipun, jangan sampai bermusuh.
Selama 6 tahun bercinta, Intan bukan saja buat hati melekat, malah dia juga memaku hati saya. Bagaimana saya nak mencabut paku ini? Setiap hari saya berdoa agar kami terus bersama.