Gara-gara tidak tahan sering ditipu, seorang lelaki British dibunuh isterinya berdekatan parit sawah padi di Bali, Indonesia.
Robert Kelvin Ellis,60, ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan
lehernya dikelar dan dicampak ke dalam parit berhampiran Desa Sedang,
semalam.
Julaikah Noor Aini yang didakwa membunuh Robert mengaku mengupah pembunuh upahan untuk melakukannya.
Kecederaan parah Robert di leher dan tekak dipercayai menjadi punca
kematiannya. Pihak polis turut menemui beberapa lebam di kepala dan
badan mangsa.
Pihak berkuasa tempatan memberitahu, mayat Robert dipercayai telah
dibuang di parit selama beberapa hari kerana keadaannya yang sudah
reput.
Telefon bimbit dan tikar ditemui berdekatan tempat kejadian,
kemungkinan digunakan untuk membalut tubuh Robert sebelum mayatnya
dihumban.
Difahamkan Robert dan isterinya tinggal di Emerald Villas, sebuah kompleks mewah di daerah tepi pantai Bali Sanur.
Polis tempatan Indonesia telah menangkap seorang suspek berkenaan kes
ini dan masih mencari tiga suspek lagi yang dipercayai terlibat
membunuh Robert.
Sumber: Mynewshub.cc