KULIM - Seorang penumpang sebuah pesawat terkejut apabila tali pinggang
berjenama bernilai hampir RM500 yang dipakainya dirampas ketika
menjalani pemeriksaan di sebuah lapangan terbang, dekat sini.
Mohamad Amyrul Syazwan, 21, berkata, dia ditahan pihak berkenaan sewaktu hendak menaiki pesawat ke Kuala Lumpur dengan alasan tali pinggang yang dipakainya itu dikatakan tidak sesuai dipakai dalam pesawat.
"Saya kemudiannya meminta kebenaran supaya tali pinggang itu diserahkan kepada rakan saya, walau bagaimanapun petugas yang berada di tempat pemeriksaan berkeras untuk merampas tali pinggang tersebut," katanya.
Kecewa dengan keadaan itu, Mohamad Amyrul telah membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Daerah Kulim bagi membolehkan siasatan terhadap petugas terbabit dapat dibuat.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim mengesahkan kejadian dan menyatakan pihak terlibat tidak seharusnya menyalahgunakan kuasa diberikan kepada mereka terhadap pengguna.
“Sebaik menerima laporan, saya telah pergi ke lapangan terbang berkenaan dan meminta nasihat anggota polis di situ sebelum berjumpa dengan dua pegawai terlibat.
"Dalam perbincangan itu, saya dapati pihak terlibat enggan memulangkan tali pinggang itu bagaimanapun gagal menyerahkan borang rampasan dengan tanda tangan mangsa di dalamnya," katanya.
Menurutnya, dia dapati dalam borang yang disediakan, pihak berkenaan hanya menulis nama mangsa sahaja.
"Saya mendapat maklumat barangan yang dirampas itu tidak dilaporkan kepada polis melainkan ia melibatkan senjata berjadual.
"Apa yang lebih mengecewakan, pihak itu turut mengugut untuk mendakwa mangsa sekiranya enggan menyerahkan tali pinggang itu kepada mereka,” katanya.
Zailan kemudiannya meminta nasihat daripada rakan pengamal undang-undang dan mendapati tindakan diambil terhadap mangsa adalah tidak wajar dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka.
“Sekiranya tali pinggang itu tidak sesuai dipakai ketika dalam pesawat atau penerbangan, ia harus diserahkan kepada pihak terlibat bagaimanapun setelah mangsa balik, tali pinggang itu harus diserahkan kepadanya semula.
"Saya curiga dengan status tali pinggang itu selepas dirampas kerana pegawai terlibat memaklumkan ia akan dilupuskan dalam tempoh tiga bulan," katanya.
Katanya, dia kemudiannya meminta mangsa membuat laporan polis sebelum diserahkan kepada peguam.
"Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi curiga dengan integriti kakitangan bertugas.
"Sekiranya barangan milik pengguna dirampas di lapangan terbang tidak dilaporkan kepada polis, ke mana perginya barangan itu?,” katanya. -Sinar Harian