Dalam kenyataan Latheefa menerusi laman twitternya, dia mahu Bung Mokhtar dihapuskan terlebih dahulu sebelum Akta Hasutan 1948 dihapuskan.
Pada Selasa lalu, Bung Mokhtar dalam kenyataannya di sidang Parlimen mencadangkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang menentang dan mahu memansuhkan Akta Hasutan.
Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu.
Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut.
Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu memberi tempoh 24 jam kepada Latheefa untuk memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka padanya atau Bung Mokhtar akan membuat laporan polis terhadap peguam PKR itu.\
Tindakan Latheefa memadam tweet yang ditulisnya itu mencetus persoalan sama ada dia sedar tentang kandungannya yang mengandungi ugutan bunuh atau takut pada laporan polis yang bakal dibuat Bung Mokhtar terhadapnya. -KedahNews.com