Sikap pengotor dan cuai seorang pencuri akhirnya memakan diri sendiri
apabila dia ditahan kerana bukti DNA yang dijumpai di sebuah rumah yang
dipecah masuk menunjukkan dirinya adalah individu yang melakukan
perkara tersebut.
Menurut polis Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, seorang
lelaki menjadi suspek tunggal kes kecurian bernilai USD 250 ribu kerana
DNA miliknya ditemui melalui kesan urin (air kencing) di tandas.
Lelaki tersebut, Ramon Herrera yang berusia 33 tahun dikatakan telah
membuang air kecil pada hari kejadian namun terlupa untuk pam tandas,
sebelum membawa lari barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit.
Selain itu, Herrera juga meninggalkan DNA pada tin minuman Coke yang diminumnya ketika berada dalam rumah itu.
Selepas siasatan pihak polis, kedua-dua DNA itu memang sepadan dengan Herrera.
Kini ditahan di Penjara Daerah Bernalillo, Herrera bagaimana pun mengaku tak bersalah atas tuduhan tersebut.
Sumber: Mynewshub.cc