JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal
melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana
Besar di sini, pada 8 November ini.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli,
berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan
di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.
“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan
Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan
perkahwinannya.
“Justeru, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat
Diraja Johor serta berunsurkan tentera,” katanya pada sidang media di
Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi. -BH Online