Tonton Konsert K-Pop: 16 Penonton Maut

KONSERT K-Pop kumpulan remaja terkenal Korea, 4 Minute di Seoul mengundang tragedi meragut 16 nyawa apabila besi penghadang lubang sistem pengudaraan runtuh pada ketinggian 18.7 meter, semalam.

Selain itu, sembilan lagi mangsa cedera parah dan kebanyakkannya adalah remaja perempuan.

“Mereka sedang berdiri di atas besi penghadang lubang udara itu untuk mendapat pandangan yang lebih baik, tetapi besi penghadang itu runtuh akibat terlebih muatan,” kata jurucakap pasukan bomba.

K-POP TRAGEDY1

Memetik laporan stesen televisyen YTN, kesemua mangsa belum dikenalpasti.

Menurut saksi, meskipun kumpulan terbabit telah dinasihatkan untuk turun dan diingatkan mengenai bahaya tindakan mereka, namun masih berdegil dan tidak mahu berganjak.

Konsert itu dihadiri kira-kira 700 orang peminat kumpulan terkenal itu, sebahagian dari acara festival di Pangyo Techno Valley. Namun, dikatakan kawalan keselamatan juga dikatakan pada tahap minimum dan longgar.

Lebih mengejutkan, susulan kejadian itu, seorang pegawai yang bertanggungjawab mengenai urusan keselamatan di konsert itu bertindak membunuh diri awal pagi tadi selepas tragedi itu berlaku.

Lelaki yang dikenali sebagai Oh berusia 37 tahun adalah pegawai di Gyeonggi Institute of Science and Technology Promotion, organisasi yang bertanggungjawab menaja konsert terbabit.

“Oh dipercayai terjun dari sebuah bangunan berhampiran lokasi tragedi selepas disoal siat mengenai insiden terbabit oleh pihak polis,” menurut jurucakap bomba itu.

Insiden berlaku ketika negara itu masih bersedih dengan insiden feri Sewol yang karam dan mengorban 300 nyawa kebanyakkannya pelajar sekolah tahun ini. -Mynewshub.cc