"Tua Ribu Enam Ratus Sembilan Bulu Ringgit Tika Bulu Sen Sahaja" |
Bagaimanapun, KedahNews.com percaya bahawa mesej yang cuba disampaikan melalui cek berkenaan adalah berkaitan penulisan jumlahnya yang tidak ditulis dengan betul.
"Tua ribu enam ratus sembilan bulu ringgit tika bulu sen sahaja," menjadi bahan jenaka yang agak "berisi" untuk dikupas.
Dalam usaha ke arah negara bangsa, pelbagai kaedah dan cara telah dilaksanakan pihak kerajaan sama ada di peringkat awal pendidikan hinggalah ke peringkat tertinggi.
Malah pelbagai kempen ke arah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara pun turut dilancar bagi memastikan seluruh rakyat, tanpa mengira bangsa, suku kaum atau etnik mampu menguasai Bahasa Melayu walaupun hanya diperingkat asas.
Malangnya apa yang terpapar pada cek di atas adalah satu contoh yang sangat mengecewakan dalam mengejar hasil sebuah negara bangsa.
Meskipun lahir, membesar dan beranak pinak di bumi Malaysia, masih lagi ramai yang gagal menulis dalam bahasa Melayu walaupun di peringkat asas.
Soalnya, bagaimana mahu wujudkan sebuah negara bangsa jika bahasa rasmi negara pun gagal dikuasai secara asas?
Jika yang paling asas pun gagal, bagaimana pula mahu wujudkan nilai nasionalisme dan seterusnya ke tahap patriotisme dalam jiwa rakyat Malaysia, bukan? - KedahNews.com