Hubungan keruh Usop Wilcha dan Mamat Khalid dapat dihidu banyak
pihak, termasuk media. Dengarnya hubungan antara mereka mula retak dek
sikap ego masing-masing.
Kata teman Cik Pang, hubungan Usop dan Mamat mula berantakan ketika
penggambaran filem Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh (UWMWDB)
dan berlarutan hingga penggambaran Usop Wilcha Menggonjang Makhluk
Muzium (UWMMM).
Ketika Usop Wilcha ditawarkan berlakon dalam filem UWMWDB, Usop tidak
bersetuju dengan bayaran ditawarkan Mamat. Baginya, ia terlalu rendah
untuk namanya yang kian dikenali ramai.
Selepas berbincang, satu harga baru dicapai, namun ia bukan harga yang dipersetujui.

Sepanjang penggambaran UWMWDB, Usop dikatakan buat perangai di lokasi, malah meminta macam-macam. Bahkan, dengarnya ada insiden pelakon itu melempar baju ke muka penjaga kostum sebab tak sukakan kostum yang diberi kepadanya.
Kemudian timbul pula isu ketika proses penggambaran filem UWMMM.
Khabarnya, Mamat pula buat hal dengan tidak memberi kerjasama sepenuhnya
untuk filem itu berikutan skrip dan usaha mencari dana dilakukan Usop
Wilcha.
Pengarah itu didakwa menuntut harga tinggi tapi Usop menurut saja harga itu kerana percayakan hasil kerjanya.
Bila dipersetujui, Mamat pula didakwa sengaja melengah-lengahkan tarikh penggambaran sehingga Usop terpaksa membuat keputusan atas haknya sebagai penulis skrip dan produser bersama filem berkenaan.
Ketika penggambaran, Mamat didakwa cuba mengubah skrip Usop dengan menambah banyak babak dan aksi yang pasti tidak dipersetujui Usop.
Begitulah kisahnya dan suasana panas itu berlaruhan hingga saat ini. Yang menyedihkan, banyak visual yang sepatutnya ada dalam filem itu tidak diberi kepada penyunting.
Sudahnya, walaupun jalan cerita ada tapi sokongan visual caca marba hingga penerbit pun pening kepala.
Kata teman Cik Pang lagi, walaupun filem itu di peringkat off-line, pengarah langsung tiada inisiatif untuk turun ke studio memantau hasil kerjanya. Kononnya tak mahu ambil tahu pasal filem itu lagi. Betul ke?
Cik Pang tak nak cakap. Cik Pang nak tunggu dan dengar saja apa komen mereka berdua mengenai isu ini.
Kalau boleh, jernihkanlah hubungan itu segara sebab mereka aset industri filem, sama seperti insan lain dalam bidang ini. Namun kalau ego itu lebih penting berbanding mencari jalan memajukan industri perfileman tanah air, terpulanglah! -myMetro