Video 18SG: Prank Gila!

Anda pasti akan melarikan diri apabila terlihat seseorang sedang membunuh menggunakan mesin gergaji pokok seperti dalam filem bercorak pembunuhan Hollywood.

Namun itulah gurauan melampau yang dibuat oleh pakar ‘prank’ terkenal Vitaly Zdorovetskiy. Ditambah dengan kesan khas, memang prank dilakukan kali ini nampak begitu realiti.

Dilakukan di sebuah kawasan letak kereta dengan pelakon memakai apron dan seluar berlumuran darah serta topeng muka mirip watak ‘Leatherface’ dalam filem Texas Chainsaw Massacre; ia telah berjaya menyentak jantung ramai orang.

Dalam babak ngeri yang sengaja dirancang, Zdorovetskiy kononya sedang mengerat badan seorang lelaki sebelum lelaki itu melarikan diri dengan badannya sudah separuh dipotong.



Watak mangsa dilakonkan oleh Nick Santonastasso, seorang pelakon yang mengalami keadaan Hanhart Syndrome, iaitu satu keunikan genetik yang memungkinkan seseorang individu tiada anggota badan di bahagian bawah pinggang.

Kebanyakan mangsa prank yang terkejut besar melihat Santonastasso dirakam bergerak perlahan-lahan sebelum menjerit ketakutan dan melarikan diri.

Zdorvetskiy kemudiannya akan mengejar menggunakan mesin gergaji elektrik.

Video ini  dimuatnaik ke laman YouTube minggu lepas dan sudah pun ditonton sebanyak dua juta kali. -Mynewshub.my