Menyedihkan! So pathetic! Mungkin itulah yang wajar dikatakan terhadap kegilaan remaja sekarang mencarut menggunakan perkataan ‘ale uto’.
Sebelum ini, sebuah video memaparkan seorang remaja Kelantan menggunakan
perkataan carut itu telah menjadi viral apabila tersebar di laman-laman sosial
dan aplikasi Whatsapp, namun dibiarkan saja.
Namun apabila perbuatan menyebut perkataan tidak senonoh dan tidak dianjurkan oleh Islam itu merebak hingga mempengaruhi remaja-remaja di Kedah, rasanya perkara seperti ini tidak wajar kami biarkan begitu saja.
Sebuah video telah dimuat naik. Kononnya ‘ale uto’ versi
awek Kedah. Siap beri salam diawalnya, tapi diakhiri dengan perkataan carut "alaf baru" itu!
Kami tidak pasti bagaimana akal awek Kedah ini berfungsi dan kami juga tidak tahu lokasi sebenar gadis bertudung ini meletakkan akal fikiran yang diberikan Allah kepadanya.
Dia mengenakan tudung, tapi pada bajunya tertera perkataan carut yang memalukan! Ini kesukaan remaja sekarang? Islam suka begitu?
Mungkin pada golongan yang sukakan perkara seperti ini, ia dianggap "okay".
Soalnya, cuba tunjukkan video tersebut pada ibubapanya, sanak saudaranya, guru-guru di sekolah atau imam masjid di kariahnya. Apa agaknya reaksi mereka? Rasanya, ada yang teruk "dibalun"!
Sebetulnya reaksi dari netizen terhadap video berkenaan agak negatif berbanding positif. Mungkin memandangkan video berkenaan memang tidak berpaksikan akhlak mahmudah, maka ia menjadi mangsa kutukan ramai.
KedahNews.com memandang serius perkara ini memandangkan ia melibatkan nama baik negeri Kedah, negeri kebanggaan kami, anak-anak Jelapang Padi.
Harap video berkenaan ditarik balik secepat mungkin. Jangan buat leceh, jangan malukan orang Kedah. Kami yakin akhlak anak-anak Kedah tidak serendah itu. -KedahNews.com