Video Hangat: Pelacur Lari Lintang Pukang!

Gara-gara takut ditahan pihak berkuasa, sekumpulan pelacur warga China bertindak lari lintang-pukang sehingga sanggup membahayakan diri di Jalan Gelang di sini, Rabu malam.

Kumpulan pelacur tersebut merupakan antara wanita yang memperagakan diri dengan tarian ghairah di pentas sebuah medan selera untuk mendapatkan pelanggan.

Bagaimanapun ketika sedang memikat pelanggan, pelacur berkenaan dikejutkan dengan serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 12 tengah malam.

Serbuan tersebut diketuai oleh Deputi Supritendan, Shahrulnizam Jaafar bersama dua pegawai dan 25 anggota.

Hasil tindakan pantas polis, seramai 35 wanita warga asing yang menawarkan diri untuk aktiviti pelacuran di kawasan itu berjaya ditahan.

Daripada jumlah itu, seramai 24 wanita merupakan warga China manakala 11 lagi rakyat Vietnam.
Turut ditahan seorang lelaki yang dipercayai pengurus medan selera berkenaan.



Pemeriksaan lanjut di sebuah bangunan yang dijadikan bilik tumpangan wanita-wanita terbabit menemui sejumlah kondom dan pelbagai peralatan seks.

Kesemua 35 wanita terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut. -mStar