Itu adalah antara hikmahnya Islam melarang umatnya untuk mengambil
minuman beralkohol. Tapi tak tahulah agama lain atau beberapa pemimpin DAP dan PKR yang sebelum ini menyokong pesta arak, "Octoberfest".
Kisah benar ini berlaku terhadap seorang wanita di
China akibat pengambilan minuman tersebut.
Shen Ailan yang berusia 57 tahun telah mabuk selepas mengambil sejenis vodka China – Baijiu sebanyak 2 botol.
Untuk menghilangkan pening, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk merendamkan kepalanya ke dalam sebatang sungai.
Dia terjun ke dalam Sungai Yangtze di Bandar Huangshi, Wilayah Hubei dan sedikit masa kemudian, dia tidak sedarkan diri.
Ajaibnya, selepas 10 jam, Ailan kembali terjaga dari ‘tidurnya’ dan
berada di Bandar Ruichang, kira-kira 75 kilometer dari Yangtze.
Memetik kenyataan Ailan dari laman Oddity Central, wanita itu dilaporkan berkata...
"Saya mengambil keputusan untuk membasahkan kepala agar ia segar kembali. Ia berlaku pada tengah hari dan selepas itu semuanya menjadi gelap."
Walau bagaimanapun, dia bernasib baik kerana masih hidup walaupun
menghidapi kejutan hipotermia akibat berada di dalam air yang sejuk.
Paramedik juga berkata, secara automatik, tubuh Ailan telah
mengekalkan posisi kepalanya di atas permukaan air kerana arus
membawanya ke hilir sungai.
Dia juga bernasib baik kerana walaupun terdapat banyak bahaya menanti
di sepanjang laluan sungai, antaranya jambatan, bot dan kapal, namun
dia tidak mengalami sebarang luka teruk.
Ketika sedar, tangisannya telah didengar oleh Li Chunfu, penduduk di
Ruichang. Chunfu terjun ke dalam air dan menarik Ailan keluar.
“Saya menghidu bau alkohol yang kuat ketika menariknya keluar dari sungai,” ujar Chunfu. -KedahNews.com