RIBUAN pekerja asing memenuhi ruang jalan sekitar Lebuh Pudu. |
Walaupun masjid di sekitar ibu negara mampu menampung jumlah jemaah
untuk mengadakan solat namun ribuan warga Bangladesh memilih untuk
bersolat sunat Aidiladha di atas jalan raya di kawasan Jalan Tun Tan
Siew Sin di sini, semalam.
Perkara itu menyebabkan jalan di kawasan itu terpaksa ditutup kepada
semua kenderaan bermula jam 7 hingga 10 pagi bagi membolehkan solat
sunat Aidiladha itu dilakukan.
Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati mereka
menghamparkan kanvas di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, selain ada juga
yang membawa sejadah sendiri.
Difahamkan kawasan itu mempunyai sebuah surau namun ruangnya tidak mampu menampung jumlah jemaah yang terlalu ramai sehingga berlaku limpahan.
Difahamkan kawasan itu mempunyai sebuah surau namun ruangnya tidak mampu menampung jumlah jemaah yang terlalu ramai sehingga berlaku limpahan.
Difahamkan pada tahun 2009, kumpulan pekerja warga asing ini
pernah mengemukakan permohonan bertulis kepada pihak Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL)untuk menjadikan laluan di kawasan itu sebagai lokasi
menunaikan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha. -myMetro