KUALA LUMPUR – Kekecohan hampir pasti berlaku dalam program pidato
“40 Tahun:Dari Universiti Malaya Ke Penjara” anjuran Persatuan Mahasiswa
Universiti Malaya (PMUM) di Dataran Dewan Tunku Canselor UM pada malam
Isnin ini.
Ia berikutan pengurusan UM bertegas melarang penganjuran program itu
tetapi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pula berdegil mahu
meneruskan pidato berkenaan.
Malah, satu paparan skrin perbualan Whatsapp mengenai rancangan PMUM
untuk merempuh masuk ke dalam UM jika pihak universiti menghalang mereka
kini tersebar meluas dalam media sosial.
Perbualan Whatsapp itu dipercayai membabitkan Presiden Persatuan
Mahasiswa UM, Fahmi Zainol dengan Timbalan Setiausaha beliau, Leong Yu
Sheng.
Pendedahan perbualan itu mendapat reaksi kurang senang sebilangan
pengguna media sosial yang bimbang akan berlaku ketegangan dan kekecohan
teruk di UM pada Isnin ini.
“Pihak Pentadbiran UM perlu bertindak segera bagi memastikan kegiatan
radikal seperti ini tidak berlaku di dalam UM,” kata seorang pengguna
media sosial.
Sumber: Mynewshub.cc