Siapa sangka dalam kemeriahan umat Islam menyambut perayaan Aidiladha
yang lalu, ada juga kontroversi yang melanda pelawak terkenal tanah
air, Zizan Razak.
Isu ini bermula apabila Zizan memuat naik sekeping fotonya sedang
memegang parang di hadapan seekor lembu yang telah disembelih untuk
ibadah korban.
Namun, akhirnya foto tersebut mendapat kritikan hebat daripada warga
asing yang menganggap Zizan sebagai seorang pembunuh haiwan.
Rasanya Zizan hanya membantu untuk melapah lembu korban itu sahaja.
Apapun, situasi ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan di Malaysia
kerana rata-rata sudah faham dengan ibadah yang harus dijalani dalam
agama masing-masing.
Cuma, pada pendapat kami, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh Zizan
untuk meredakan keadaan adalah dengan membuang terus foto tersebut
daripada laman Instagramnya. Dianggap agak ngeri mungkin? -Oh!Bulan