Zulhazmi Tak Tahan Dikritik Penyokong Hadi?

Bekas Exco Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff bagaikan "cacing kepanasan" apabila teruk "dibelasah" beramai-ramai oleh para penyokong Presiden PAS ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan tidak tepat berhubung penggantungan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Zulhazmi yang juga merupakan seorang peguam, kesal dengan tindakan pihak yang bertindak "printscreen" kenyataannya yang tidak tepat itu di laman sosial Facebook sebelum menghentamnya secara "berjemaah".

"Ada kesilapan fakta sikit pd posting berkaitan isu penggantungan 2 Adun, isu Presiden kluar mesyuarat... jadi aku buang posting tu....

"Tapi ada musibatul dok printscreen & dok maki hamun kawan2 dlm Pemuda Pas pasai posting aku tu...

"Woi!!! Aku tak ada kena mengena dgn Pemuda Pas Pusat!! Aku letak jawatan lama dah... Ingat aku heran sgt ka dgn jawatan hangpa tu???," kata Zulhazmi yang dipetik dari laman Facebooknya, sebentar tadi.


Sebelum itu, Zulhazmi dikatakan telah memfitnah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dengan mendakwa kononnya Presiden PAS itu berkeras untuk memecat dua Adun PAS di Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin, yang membelakangkan keputusan parti berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah kenyataan Zulhazmi yang telah dipadam, namun sempat di"printscreen" oleh para penyokong PAS yang lain:
*Dipetik dari akaun laman Facebook El-Haraki
Zulhazmi yang difahamkan berasal dari Jeniang, Kedah, pernah mencuba nasib bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS, namun tewas apabila hanya mampu mendapat sekadar 7 undi dari para perwakilan dari seluruh Malaysia.

Tindakan peguam itu yang kuat mengkritik Abdul Hadi sebelum ini turut menyebabkan dia meletak jawatan sebagai Exco Pemuda PAS Pusat dan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, pada Ogos lalu.

Berikut pula adalah kritikan-kritikan pedas yang dilontarkan para penyokong Abdul Hadi pada Zulhazmi: -KedahNews.com