3 "Awang Itam" Dijangka Tiba Di Bumi Kedah Malam Ini

3 "Awang Itam" Bakal Perkukuh Skuad #LangMerah.. Pulun Kedah Pulun!
KUALA LUMPUR – Tiga pemain import pasukan Kedah dijangka akan tiba di di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas, Kedah malam ini.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memberitahu, kehadiran tiga pemain import itu turut disahkan oleh jurulatih Tan Cheng Hoe.

“Tiga pemain import yang dimaklumkan sebelum ini akan tiba pada 24 November 2014 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas.

“Mereka ialah Keith M Nah, Lawrence Olum dan Chidi Edeh yang dijangka tiba pada pukul 8:10 malam esok ,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut kenyataan sumber, kesemua pemain import skuad hijau kuning terebut akan diikat oleh KFA untuk saingan Liga Premier 2015.

Justeru, penyokong Kedah dijemput meraikan kehadiran pemain import Kedah terbabit.

“Seorang lagi pemain tengah dari Jepun dijangka tiba minggu pertama Disember ini. Kedah akan memulakan latihan pra-musim petang ini di Stadium Darul Aman,” jelas sumber berkenaan. 

Berikut adalah biodata ringkas mengenai 3 "Awang Itam" yang bakal beraksi sebagaimana yang dipetik dari laman rasmi Facebook KFA; -KedahNews.com

1. Chidi Edeh is a Nigerian footballer who plays as a forward for Enugu Rangers in the Nigerian Premier League.

Born : August 18, 1987 (age 27), Lagos, Nigeria
Height : 5' 10" (1.77 m)
Previous team : East Bengal F.C. (#10 / Forward)

2. Lawrence Olum is a Kenyan professional footballer who plays for Sporting Kansas City in Major League Soccer.

Born : July 10, 1984 (age 30), Nairobi, Kenya
Height : 6' 2" (1.88 m)
Weight : 185 lbs (84 kg)
Previous teams: Sporting Kansas City (#13 / Defender), Kenya national football team (Defender)

3. Keith M Nah is a Liberian U19 professional footballer who plays for Chin United FC in Myanmar National League and Top Scorer for 2013 & 2014.

Born : (age 20)
Height : 5' 8" (1.74 m)
Weight : 160 lbs (70 kg)
Previous teams: Liberia U19, Chin United FC (Myanmar), Liberia Football Association(LFA)2008 2ND Division MVP