WAH dalam diam-diam rupanya pelakon yang mempunyai wajah keibuan,
Fadilah Mansor menjalin hubungan cinta dengan penyanyi era 60-an, Datuk A
Rahman Hassan dan mereka dikatakan akan melangsungkan pernikahan,
hujung tahun ini.
Memetik laporan Harian Metro, perkenalan mereka dikatakan bermula di sebuah majlis anugerah, beberapa bulan lalu.
Namun Fadilah enggan mengulas lanjut mengenai butir-butir terperinci
majlis perkahwinan mereka kerana menghormati permintaan A Rahman.
“Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini, kalau
canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula.
“Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak
bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi
nanti,” katanya.
Fadilah merupakan seorang ibu tunggal sejak empat tahun lalu selepas
bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim
atau Mat London sementara A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah
Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.
Apa-apa pun semoga perancangan mendirikan masjid untuk pasangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.