Adakah Pemimpin Negara Kita Sekejam Ini?

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan telah mengarahkan salah seorang pemimpin kanan tenteranya diheret keluar dari rumah dan ditembak mati kerana menukar lirik lagu kebangsaan negara itu ketika menyanyi karaoke.

Kim dilaporkan marah selepas mengetahui bahawa lelaki itu menukar lirik lagu `terima kasih kepada parti kita’ kepada `terima kasih pada parti awak’ serta lirik `benci kepada musuh, cintakan tanahair’ kepada `benci isteri awak, cintakan perempuan simpanan’.

Lelaki berkenaan kemudiannya ditembak mati oleh sepasukan penembak di luar rumahnya, pada keesokan hari.

Ia dianggap sebagai satu pemberontakan.

Sebelum ini, nyanyian lagu karaoke lagu kebangsaan dianggap selamat di Korea Utara namun kini aktiviti itu perlu dikaji semula oleh penduduknya.

Ini kerana mereka mungkin berdepan risiko ditembak mati oleh skuad penembak jika menyanyikan lirik lagu yang salah.

Baru-baru ini, seorang bekas pemimpin kanan tenteranya juga dikatakan telah ditembak mati.

Cuma kali ini kesalahannya adalah kerana menonton cerita dari barat.


Sumber: Mynewshub.cc