Agama Dibuang, Politik Disembah...

Politik menghalalkan segalanya?
Nampaknya, mungkin ada yang puas hati apabila rapu dan repek mereka menjadi kenyataan. Mungkin kini ada yang menyeringai senyum apabila tilikan mereka mengatakan "puaka Rosmah akan pastikan Pahang menang" telah berhasil.

Semua orang tahu skuad bola sepak Pahang menang dengan sepakan penalti 5 - 3, menewaskan skuad bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia, malam semalam.

Berjuang hingga ke minit akhir perlawanan semalam, kedua pasukan terikat dengan jaringan 2 - 2, mengheret ke perlawanan masa tambahan, namun tiada sebarang gol dihasilkan.

Di dalam tempoh 30 minit masa tambahan, pemain-pemain JDT telah dua kali menggegar palang gol, namun bola gagal masuk ke gawang gol lawan meskipun skuad Tok Gajah hanya beraksi dengan 10 orang pemain sahaja.

Senario itu mungkin menguatkan lagi teori pihak yang meramal kemenangan Pahang semalam, kononnya ada hubung kait dengan "puaka Rosmah".

Soalnya, percayakah kita dengan rapu dan repek segelintir pihak yang sanggup mempolitikkan perlawanan akhir semalam dengan tindakan memburuk-burukkan nama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor?

Tapi itulah politik. Jika boleh, semua perkara mahu dikaitkan dengan politik. Kalau boleh, semua perkara negatif akan dikaitkan dengan Rosmah walaupun beliau sebenarnya tiada sebarang kaitan dengan isu atau perkara yang dikatakan itu.

Mungkin itu nasib isteri Perdana Menteri. Walau apa pun yang dibuat, dilakukan atau dilaksanakan, pasti ada pihak yang tampil menangguk di air yang keruh, cuma memburukkan imej beliau walaupun apa yang dikaitkan itu hanyalah fitnah semata-mata.

Mungkin bagi pihak pembangkang, demi politik mereka maka "dihalalkan" segalanya termasuk fitnah, tohmah mahupun terpaksa syirik kepada Allah SWT.

Berikut adalah petikan fitnah terbaru pihak politik yang lebih berkiblatkan politik berbanding agama seperti yang dimaksudkan:
"Penyokong bolasepak Pahang dan Johor JDT yang berebut-rebut membeli tiket perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil malam ini, memang bodoh. Bolasepak itu sendiri pun dah sukan bodoh, sebiji bola 22 orang berkejar, tak kah bodoh namanya?

Apa pun, penyokong Johor JDT lebih bodoh lagi kerana semua orang tahu keputusan perlawanan malam ini telah diatur lebih awal terlebih dahulu. Selain judi dan bookie, sumber menyatakan, puaka Rosmah juga menjamin Pahang akan menang dalam perlawanan tersebut.

Suami Rosmah, Najib, berasal dari Pahang.

Jangan main-main dengan puaka Rosmah, sebelum ini bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang lama menghilang diri ke luar negara, tiba-tiba mati mengejut tidak lama setelah balik semula ke negara ini.

Semua ini dikaitkan dengan puaka Rosmah yang mengganas.

Kalau diikut dari sejarah, bukan sekali ini puaka Rosmah mengganas. Banyak kejadian-kejadian pelik di negara ini sebenarnya dilakukan puaka Rosmah, kita sahaja yang tidak tahu sebab kerajaan menyembunyikan perkara ini.

Nasihat aku kepada penyokong-penyokong JDT, usahlah buang masa menonton perlawanan tersebut di stadium. Jauh perjalanan dari Johor ke Bukit Jalil, bukan sikit wang yang dikeluarkan, untuk apa? Untuk lihat Pahang membelasah JDT?

Ikut sumber yang tahu peranan puaka Rosmah dalam perlawanan malam ini, Pahang akan menang perlawanan tersebut dengan jaringan 2-1. Puaka Rosmah dah tentukan begitu." - NegaraPakatanRakyat
Walau bagaimanapun, KedahNews.com yakin bahawa pihak pembangkang tidak akan mengaku portal pro-pembangkang itu milik mereka meskipun memang jelas sekali portal berkenaan berjuang untuk survival mereka.

Biasalah. Mana mungkin ada pihak sanggup mengaku "buang air besar tengah jalan", kan? Wallahu'alam. -KedahNews.com