Baru-baru ini, seorang bekas menteri Melayu zaman TunDr Mahathir
Mohamad jemput Kunta Kinte ke pejabat dia sebab ada seorang rabbi nak
jumpa dia. Rabbi adalah ketua agama Yahudi.Lebih kurang macam tok imam
kita. Jadi kita pun jumpa dan bincang satu dua hal macam perdamaian di
TimurTengah, rampasan tanah orang Palestin oleh peneroka Yahudi dan
siapa dalangnya.
Kita juga bincang kemungkinan orang Islam dan Yahudi kerjasama
wujudkan piawaian halal/kosher di negara- negara Eropah Timur di mana
orang Islam dan Yahudi adalah minoriti. Bekas menteri itu kata, walaupun
Presiden Barack Obama bukan kulit putih tapi dia pun tak berapa
berminat dan tak berjaya bawa keamanan kepada Timur Tengah, khususnya
antara Israel dengan negara-negara Arab.
Rabbi dari California, Amerika Syarikat itu kata, yang tentukan sama
ada Israel dan Palestin berperang atau berdamai bukan orang Islam atau
Yahudi. Juga bukan Israel atau negara-negra Islam. Yang tentukan perang
dan damai di Timur Tengah adalah Amerika.
Rabbi itu kata lagi, di Amerika pula yang tentukan terhadap isu
Arab-Israel dan Timur Tengah bukan presiden atau Kerajaan Amerika tetapi
pelobipelobi Kristian. Pelobi-pelobi Kristian, kata rabbi itu, jadi
kuat dan ekstrem masa pemerintahan Presiden George W Bush. Bush rapat
dengan kelompok Kristian yang dikenali sebagai Christian Right dan
golongan yang dipanggil Neo-Conservatives atau Neo-Cons.
Apa yang ditakutkan
Christian Right atau disebut juga Religious Right sangat cergas dalam
politik. Pendirian mereka terhadap isuisu berkait Islam, Arab dan
Palestin sangat keras. Bersama-sama dengan golongan Neo-Cons, mereka
sokong dan desak Kerajaan Amerika guna kuasa tentera dalam krisis
antarabangsa, khususnya yang babitkan dunia Islam.
Orang kita umumnya percaya Yahudi sangat berpengaruh ke atas dasar-
dasar Amerika. Itu betul. Tapi yang gerakkan dasar pro-Israel adalah
golongan Christian Right dan Neo-Cons. Kalau ikut logik, susah bagi
orang Yahudi nak wujud dan pertahan negara Israel yang terletak di
tengah-tengah dunia Arab kerana bilangan mereka tak ramai.
Ikut anggaran daripada badan amal Amerika, Carnegie Endowment for
International Peace, pada tahun ini ada 2.01 bilion orang Kristian dan
2.08 bilion Islam. Bilangan orang Yahudi dianggarkan 13.9 juta orang
saja pada tahun 2013. Inilah yang golongan Christian Right dan Neo-Con
sangat takut - bilangan orang Islam mengatasi orang Kristian dan makin
ramai orang Islam tinggal di negara-negara bangsa Eropah.
Balik kepada sejarah
Untuk lebih jelas mengenai peranan Christian Right dan Neo-Cons dalam
isu Yahudi dan Israel, kita kena balik kepada sejarah. Mula-mula
sekali, kita kena faham, iaitu bukan orang Yahudi yang wujudkan Israel.
Sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, orang Yahudi tak ada negara
dan mereka bercempera di Eropah, Amerika Utara, Russia dan negaranegara
Eropah Timur. Masa Perang Dunia Kedua mereka diseksa oleh Nazi Jerman.
Masa itu, paling ramai orang Yahudi tinggal di Jerman. Yang sempat lari
mereka cari perlindungan di United Kingdom (UK), Russia dan Amerika
Utara. Lepas perang, dua kuasa besar Eropah - UK dan Perancis - bimbang
orang Yahudi yang bercempera di negara mereka tuntut hak dan jadi lebih
berpengaruh.
Salah satu cara atasi masalah itu ialah dengan hasut orang Yahudi
berhijrah ke Palestin. Masa itu, UK dan Perancis kuasai sebahagian besar
wilayah Arab yang dulunya milik Empayar Uthmaniyyah.
Hasil dasar dan tindakan British, Perancis serta Amerika itu lahirlah
Israel sebagai negara Yahudi pada Mei 1948 walaupun ditentang keras
oleh umat Islam. Asal usulnya bumi Israel adalah kawasan pelbagai kaum.
Sehingga abad ketiga Masihi, majoriti penduduknya Yahudi. Selepas itu ia
jadi wilayah Kristian. Daripada abad ketujuh sampailah pembentukan
Israel, majoriti penduduknya Islam.
Hari ini, yang jamin kewujudan Israel adalah orang Kristian. Pada 14
Oktober lalu, seorang rabbi wanita Amerika bernama Jill Jacobs, menulis
dalam surat khabar Washington Post mengatakan pembayar cukai Amerika
adalah antara pihak yang bertanggungjawab membiayai pencerobohan Yahudi
ke atas tanah dan harta milik orang Palestin di Tebing Barat.
Manakala penulis laman web Christian Science Monitor, Christa Case
Bryant, pula dalam rencana 18 Disember 2012 berkata, gerakan Zionis
semakin berpengaruh ke atas politik Amerika sejak 10 hingga 15 tahun
dengan kerjasama Kristian Evangelis, khususnya dalam hal kepentingan
Israel.
Konspirasi peringkat antarabangsa
Jadi dalam kita orang Islam bergaduh dan bertelagah sama sendiri,
kita kena faham konspirasi yang sedang berlaku pada peringkat
antarabangsa untuk terus laga-lagakan Islam dengan Yahudi hingga orang
Islam terlupa atau terlepas pandang keadaan sebenar.
Cabaran terhadap umat Islam hari ini, termasuk di negara kita, adalah
gerakan Kristian Evangelis, Neo-Cons dan golongan liberal. Mereka
inilah yang menuntut pelbagai hak dan persamaan seperti penggunaan
kalimah Allah, kebebasan seksual dan hak bersuara tanpa batasan.
Kalau orang Islam negara kita masih tak sedar dan bertelagah mengenai
hal remeh macam sentuh anjing, jangan salahkan sesiapa kalau nasib
mereka jadi macam nasib orang Palestin. Wallahuaklam. -Kuntakinte/Berita Harian